Antara satu surah yang sering diajar dan disaran untuk menghafal dan membacanya selalu adalah surah al-Mulk yang mengandungi banyak kelebihan.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini dan menyebabkan mereka tidak mengamalkan bacaan surah ini dalam rutin seharian hidup.
Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan lebih lanjut kepada anda tentang surah al-Mulk dan fadhilat jika selalu mengamalkannya.
Teruskan membaca artikel ini untuk memperoleh ilmu bersama-sama.
Latar Belakang Surah Al-Mulk
Surah al-Mulk mempunyai 30 puluh ayat dan diturunkan di Mekkah kepada Rasulullah SAW pada sekitar tahun ke-3
atau 4 kenabian.
Surah yang menggambarkan sifat Makkiyah iaitu seruan kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah.
Ia dinamakan “al-Mulk” dan diambil dari ayat surah al-Mulk yang bermaksud kerajaan atau kekuasaan.
Surah ini adalah surah ke 67 dalam al-Quran, dan terdiri daripada 30 ayat dari Makkiyah. Nama lain bagi al-Mulk adalah Tabaraka
yang bermaksud Maha Suci.
Selain itu, ia juga dikenali dengan nama Al-Mani’ah, Al-Munjiah dan Al-Waqiyah.
Terdapat banyak hikmah dan fadhilat yang anda boleh menikmati jika selalu mengamalkan surah ini di dalam kehidupan anda.
Kelebihan Surah Al-Mulk
Mudah Masuk Syurga
Fadhilat pertama yang dinikmati oleh mereka yang mengamalkan surah al-Mulk adalah mereka mudah masuk syurga. Ini boleh dilihat di sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
(HR At-Tabrani)
Surah Al-Mulk Melindungi Dari Azab Kubur
Bagi mereka yang membaca surah al-Mulk sebelum tidur, mereka akan terhindar dari azab kubur.
Ini diceritakan di dalam sebuah hadis di mana An-Nasaie meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Dilindungi Malaikat Waktu Tidur
Kelebihan seterusnya bagi mereka yang mengamalkan surah al-Mulk pada waktu malam adalah mereka akan dilindungi oleh satu malaikat ketika tidur.
Ini boleh dimana Abdullah Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Aku telah menemukan di dalam Al-Quran sebuah surah tiga puluh ayat, barangsiapa membacanya sebelum tidur; tiga puluh perbuatan baik ditulis untuknya, tiga puluh kesalahan dihilangkan sehingga tiga puluh darjah. Allah S.W.T. menghantar malaikat untuk melebarkan sayapnya ke atasnya dan melindungi dia dari segala-galanya sehingga dia bangun.“
Pembaca Dikeluarkan Neraka
Fadhilat seterusnya adalah mereka yang mengamalkan surah al-Mulk dalam rutin harian adalah mereka akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Rasulullah SAW bersabda:
“Ada surah di dalam kitab Allah itu hanya tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seseorang pada hari Pengadilan sehingga dia dikeluarkan dari api dan masuk ke dalam syurga; itu adalah rahmat dari sebuah surah.”
(HR Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Diampunkan Dosa
Mereka yang selalu membaca ini, Allah SWT akan mengampunkan segala dosa mereka.
Ini boleh dilihat di sebuah di hadis iaitu:
Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Keimanan dan Ketakwaan Meningkat
Anda juga disarankan untuk selalu membaca surah al-Mulk dalam kehidupan anda kerana mengingatkan kita tentang azab jika melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Jika kita selalu membaca dan mendengar surah ini, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Kepentingan untuk mengamalkan surah ini juga boleh dilihat melalui:
“Aku berharap agar surah ini berada di hati setiap orang yang beriman.“
(Abdullah Ibnu Abbas)
Kesimpulannya, mari amalkan membaca surah al-Mulk dalam kehidupan seharian kerana begitu banyak fadhilatnya.
Jika anda mencari tempat membeli aksesori untuk solat seperti telekung dan sejadah, anda boleh lihat kedai Hana Mirae!
Kami mempunyai koleksi telekung dan sejadah yang sangat cantik dan selesa untuk dipakai.
Antara produk Hana Mirae yang anda boleh membeli daripada kami adalah:
Jika anda berminat untuk melihat katalog penuh atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari ke laman web kami di sini.