Jika diperhatikan, kita dapat saksikan pelbagai jenis sejadah digunakan ketika menunaikan Rukun Islam yang ke-2; antaranya ialah sejadah gebu.
Jika tidak ada, kita berasakan seolah-olah tidak lengkap kerana ia sudah menjadi kelaziman pada setiap kali waktu solat.
Malah, kebanyakan surau, masjid mahupun tempat penginapan seperti hotel turut menyediakan “aksesori” solat itu.
Fungsi Sejadah Dalam Solat
Sejadah adalah salah satu alat yang digunakan dalam ibadah solat untuk orang yang beragama islam.
Fungsi utama sejadah adalah sebagai alas untuk solat dan boleh juga digunakan sebagai penanda arah kiblat.
Antara fungsi sejadah dalam solat adalah:
1. Sejadah Sebagai Alas Sujud
Dengan menggunakan sejadah sebagai alas sujud, kita akan lebih selesa dan lebih yakin akan kebersihan untuk sujud.
Kadang-kadang kita tidak dapat pastikan tahap kebersihan kawasan solat terutamanya jika solat di tempat kemudahan awam.
Ia berkemungkinan ada najis atau kotoran yang kita tidak nampak.
Jadi, untuk mengelakkan rasa was-was, eloklah kita gunakan sejadah sebagai alas.
2. Membuatkan Solat Khusyuk dan Tenang
Sejadah juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan solat yang khusyuk kerana pandangan mata kita tertumpu dan fokus pada tempat sujud.
Pilihlah sejadah yang berkualiti baik atau tidak ada corak yang berlebihan untuk mengelakkan sebarang gangguan pandangan.
Oleh sebab itu, kebanyakkan sejadah bercorak masjid, kaabah dan seumpama dengannya. Penggunaan sejadah yang kosong membantu untuk kita lebih fokus ketika solat.
Saiz Sejadah Gebu Yang Ada
Sejadah Travel Size
Seperti yang kita tahu, sejadah travel ini amat ringan dan mudah di bawa ke mana-mana.
Ia senang untuk disimpan di dalam beg dan lebih nipis berbanding sejadah biasa.
Selalunya ia didatangi dengan beg kecil. Kadang kala, ia disekalikan dengan telekung ataupun hanya sejadah travel sahaja.
Sejadah Turkey Standard Size
Kebanyakkan sejadah jenis ditenun dan dijual pada harga mampu milik.
Ia juga sering digunakan untuk kegunaan harian sejak dulu lagi.
Sejadah Lipat
Sejadah lipat merupakan inovasi daripada sejadah-sejadah yang sedia ada.
Ia direka untuk memudahkan pengguna yang lazimnya akan mengaji atau berehat di dalam masjid sambil mendengar ceramah dan sebagainya.
Ini memberi manfaat kepada warga emas untuk duduk dengan selesa atas sebab seperti sakit belakang dan sakit kaki.
Sejadah Gebu
Sejadah ini juga salah satu pembaharuan yang dibawa. Tambahan pula dengan kualiti sejadah yang semakin bagus dan comfy.
Sinonim dengan namanya, material padanya ialah polyester, gebu tidak berbulu dan anti slip di bahagian bawah agar sejadah tidak mudah mengubah kedudukan apabila kita melakukan rukun dalam solat.
Sejadah gebu ini sesuai untuk orang dewasa dan warga emas kerana ia berikan keselasaan yang maksimum.
Sejadah Gebu Soft Dome, Hanna Mirae
Sejadah gebu buatan tangan dari Turki yang eksklusif dan kelihatan mewah ini boleh dihadiahkan kepada orang-orang tersayang.
Corak permukaan sejadah dijahit kemas supaya sponge terletak kekal di lantai. Disebabkan itu, ia juga dikenali sebagai sejadah anti slip.
Tambahan pula, ia didatangkan sekali dengan beg supaya senang dibawa ke mana-mana.
Sesuai dihadiahkan kepada mak dan ayah kerana fungsi sponge yang tebal mampu mengurangkan tekanan sakit lutut.
Terdapat 6 pilihan warna dengan ukuran tinggi 110cm, lebar 64cm dan ketebalan 1.5cm cukup menjadikan sejadah keluaran Hanna Mirae sebagai pilihan yang terbaik.
Terdapat warna-warna seperti baby blue, black, light nude, maroon, midnight blue dan soft pink yang boleh menjadi pilihan anda!
6 Pilihan Warna Sejadah Gebu Untuk Anda
Antara pilihan warna sejadah gebu di Hanna Mirae ialah:
- Midnight Blue
- Light Nude
- Black
- Baby Blue
- Maroon
- Soft Pink
Cara Jaga Kualiti Sejadah Gebu
Selain pakaian beribadah, tempat solat juga perlu bersih. Ini termasuklah sejadah.
Berikut adalah cara untuk menjaga dan membersihkan sejadah tanpa merosakkan kualitinya.
- Sejadah gebu harus sering dibersihkan menggunakan vacuum sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Jika tidak digunakan, sebaiknya gulung sejadah gebu itu dengan bahagian permukaannya berada di dalam gulungan agar ia tidak terkena debu dan kotoran.
- Elakkan daripada menggunakan mesin pengering. Sebaiknya, anda perlu jemurkan sejadah itu sahaja.
- Elakkan daripada menjemur sejadah di bawah terik matahari kerana ini akan membuatkannya cepat lapuk.
Pakaian dan alatan solat sangat memainkan peranan penting untuk menjadikan ibadah yang dilaksanakan tenang dan khusyuk.
Sebab itu, selain daripada Sejadah Gebu Soft Dome, terdapat banyak lagi peralatan solat yang bakal menjadi pilihan anda seperti telekung, tafsir al-quran, dan rehal.
Dengan penghantaran percuma ke seluruh semenanjung, pembayaran yang fleksibel dan jaminan kualiti terbaik, pasti anda tidak mahu terlepas peluang untuk memilikinya, bukan?
Jadi, segera klik pada pautan biru di bawah ini untuk dapatkan produk-produk tersebut.