Hantaran Tunang & Kahwin Paling Dicari Untuk Pasangan Wanita

Apabila sebut tentang tunang atau kahwin, perkara pertama yang menyinggah ke minda adalah barang hantaran, betul? 

Hal ini kerana barang hantaran bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Untuk itu, anda perlu tahu barang-barang yang sesuai ketika majlis ini berlangsung, 

Ingat ya, kedua-dua majlis ini dijalankan adalah untuk dijadikan sebagai kenangan bersama pasangan. 

Malah, ia juga sesuai dijadikan sebagai sumber inspirasi dan pengalaman buat mereka yang ingin berkahwin pada kemudian hari. 

Jadi, jika anda buntu untuk mencari idea barang hantaran ketika hari tunang atau majlis perkahwinan, jom baca artikel ini! 

Kami akan serta beberapa tips bermanfaat dalam pencarian barang hantaran tunang dan kahwin yang mungkin boleh bantu anda.  

Tips Pilih Barang Hantaran Tunang dan Kahwin

Anda inginkan majlis tunang atau perkahwinan yang simple dan bermakna?

Sebelum jalankan majlis, pastikan anda ikuti tips di bawah ini: 

  •  Warna dan tema majlis

Perkara pertama yang paling penting bagi pasangan yang ingin mengadakan majlis adalah memilih konsep tema warna. 

Ini bertujuan supaya tema warna ketika majlis tersebut tidak lari daripada hadiah barangan tunang atau kahwin.

Untuk makluman anda, warna lembut sering menjadi pilihan wanita pada masa kini. Antara warna itu ialah: 

  • Putih
  • Coklat cair 
  • Soft pink
  • Lilac
  • Sage green 

Ini kerana warna lembut sebegini sesuai dipadankan dengan konsep minimalis dan klasik. 

Dengan cara begini, anda tidak lagi perlu berbelanja banyak untuk mengadakan majlis tunang atau kahwin.

  •  Bajet hantaran tunang

bajet hantaran

Anda sudah pilih tema warna dan konsep untuk majlis tunang dan kahwin? Sekarang, kita beralih kepada tips yang kedua iaitu bajet hantaran. 

Kedengaran seperti cliche, tetapi ramai orang membuat silap apabila merancang perbelanjaan untuk majlis penting dan bermakna itu. 

Oleh itu, sebelum anda beralih ke topik yang seterusnya, pastikan anda berbincang terlebih dahulu bersama pasangan mengenai bajet. 

Bajet mestilah tidak melebihi kemampuan. Ini adalah perkara yang sangat penting dan perlu dititik-beratkan oleh kedua-dua pihak supaya tidak membazir. 

Sebab utama anda perlu rancang bajet perkahwinan adalah kerana anda perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak setelah melangkah ke alam post-married. 

  •  Jumlah dulang hantaran

Sebagai pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, pastikan anda sudah berbincang dan capai kata setuju mengenai hantaran dulang. 

Kedua-dua perlu bersetuju jumlah dulang hantaran yang perlu diberikan ketika majlis itu berlangsung. 

Mengikut adat Melayu, kebiasaannya jumlah hantaran dulang melibatkan nombor ganjil. 

Contohnya, lelaki memberi pihak wanita 7 dulang, jadi, pihak wanita perlu membalas dengan 5 dulang. 

  •  Barang adat dan wajib

hantaran adat dan wajib

Seterusnya adalah menyediakan barang adat dan wajib. Ini termasuklah sirih junjung, bunga rampai, telekung, sejadah, dan senaskah al-Quran. 

Tetapi, mengikut adat terdahulu, barangan adat juga termasuklah tepak sirih, tapak cincin, dan se-persalinan pakaian untuk solat. 

  •  Beli barang hantaran semasa promosi

Sudah berbincang dan rancang barang hantaran tunang atau kahwin? 

Jadi, checklist yang sudah dibuat itu boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita membandingkan harga barang yang lebih mudah. 

Anda boleh membeli barang-barang tersebut ketika Year-End Sale (YES), sempena perayaan mahupun promosi besar-besaran yang dibuat oleh kedai. 

Ingat ya, jangan berbelanja lebih kerana wang selebihnya boleh digunakan pada keperluan yang lebih utama. 

Senarai Barang Hantaran Tunang Untuk Pasangan Wanita 

Idea yang terbaik adalah beli barang hantaran bersama dengan pasangan. Ini dapat mengelakkan dari tersalah pilih size cincin, minat dan sebagainya. 

Manakala, gubahan bunga pula boleh dibuat sendiri. Anda boleh cari sumber inspirasi daripada laman web Pinterest atau Youtube untuk melihat teknik gubahan yang betul. 

Pada hari-hari penting sebegini, jangan pula lukakan jari. 

Jom, kita lihat pilihan hadiah hantaran yang bersesuai untuk hari tunang atau majlis perkahwinan buat kaum hawa: 

  •  Al-quran

al quran

Pilihan pertama adalah dapatkan al-Quran baldu terjemahan yang lengkap ini daripada Hanna Mirae. 

Ia sudah mendapat approval daripada KDN iaitu lesen percetakan teks al-Quran. 

Selain itu, anda juga boleh minta customized request untuk meletakkan nama dan juga tagging. Jadi, ini boleh mengelakkan daripada orang lain terkeliru dan tertukar al-Quran. 

  • Telekung

telekung hantaran

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan telekung berkualiti, tahan lama, dan lembut hanya di Hanna Mirae. Klik sini untuk lihat koleksi telekung Hanna Mirae. 

Untuk ini, sebaiknya anda dapatkan persetujuan daripada pasangan anda. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berselisih pendapat mengenai material dan warna. 

  • Jam tangan 

Pemberian jam tangan sebagai hadiah hantaran tunang atau kahwin merupakan satu idea yang bernas. 

Hal ini kerana kita akan sering memakainya pada setiap hari. Ia boleh jadi sebagai hadiah yang bermakna. 

  • Minyak wangi

Sebagai seorang pasangan yang cakna, kita mesti akan ambil tahu minyak wangi yang digunakan oleh si dia, betul? 

Jadi, pemberian minyak wangi juga merupakan idea yang sangat bijak! Kebiasaannya, pemberian minyak wangi akan disertakan bersama losyen. 

Selain daripada barang yang dinyatakan di atas ini, anda juga berikan hadiah di bawah ini sebagai hantaran tunang atau kahwin: 

  • Sejadah gebu
  • Handbag
  • Buah-buahan 
  • Gajet (seperti smartphone)
  • Kasut

Kesimpulannya, pemberian hantaran tidak semestinya perlu mahal atau kelihatan grand. Pastikan pemberian ini menepati bajet perbelanjaan anda. 

Sebaiknya, anda perlu bincang dahulu bersama pasangan sebelum memilih barang. Dan, jangan lupa untuk membandingkan harga barangan dari list kedai. 

Untuk mendapatkan telekung dan senaskah terjemahan al-Quran yang berkualiti dan menepati piawaian, anda boleh mendapatkannya daripada kami di Hanna Mirae. 

Anda hanya perlu menekan pautan link di bawah ini untuk membelinya. 

Share:

More Posts

Shopping Cart