Bagi wanita muslim, pemilihan telekung merupakan pilihan yang sangat penting kerana kebiasaannya ia hanya dibeli sesekali sahaja untuk kegunaan yang lama.
Namun, masih ramai yang tidak tahu cara untuk membelinya bagi memastikan ia sesuai, menjaga aurat dengan sempurna serta berkualiti tinggi.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang cara-cara untuk memilih telekung solat yang terbaik serta cadangan telekung untuk anda!
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Cara-cara untuk memilih telekung solat yang terbaik untuk anda
Saiz
Seperti membeli baju harian anda, telekung anda juga perlu dibeli mengikut saiz badan anda. Ini supaya telekung anda tidak terlalu besar atau terlalu kecil ketika memakainya.
Memilih saiz yang salah mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan serta aurat anda mungkin akan terdedah dengan tidak sengaja ketika anda sedang solat.
Kain yang tidak jarang
Telekung yang dipilih juga haruslah jenis yang beralas dan tidak jarang bagi menjaga aurat anda dengan sempurna.
Pilihan kain
Semestinya anda perlu memilih telekung yang selesa dipakai ketika solat. Oleh itu, memilih jenis kain telekung anda adalah sangat penting.
Pertama sekali, kain tersebut perlulah jenis yang menyerap peluh. Ini bagi mengelakkan telekung anda untuk berbau disebabkan peluh.
Seterusnya, kain anda juga perlulah sejuk dipakai dan lembut pada kulit. Kain yang terlalu tebal akan menyebabkan anda untuk berasa panas, berpeluh dan tidak selesa ketika solat.
Di samping itu, anda juga perlu memastikan kain telekung itu tidak akan melekat di badan dan mengikut susuk tubuh anda bagi menjaga aurat anda.
Jahitan yang kemas
Jahitan pada bahagian muka telekung anda sangat penting. Pastikan jahitannya selesa dan sesuai dengan muka anda. Jika terlalu longgar, aurat anda mungkin akan terdedah.
Jahitan pada bahagian lain juga perlu diberi perhatian. Telekung yang berkualiti semestinya mempunyai jahitan yang kemas dan teliti bagi memastikan ia selesa dan cantik dipakai.
Telekung Hanna Mirae
Kini, telekung menjadi pilihan ramai orang untuk dijadikan sebagai hadiah atau hantaran kahwin. Ini kerana terdapat pelbagai design dan warna yang dijual di pasaran sekarang.
Bukan itu sahaja, pemberi juga akan mendapat pahala jika penerima beribadah menggunakan telekung tersebut.
Oleh itu, telekung adalah hadiah yang sangat istimewa, bermanfaat dan bagus bagi kedua-dua pihak.
Jika anda sedang mencari telekung untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga, rakan atau pasangan anda, Telekung Hanna Mirae merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!
Terdapat pelbagai design, corak dan warna dalam Koleksi Telekung Hanna Mirae yang cantik dan selesa untuk dipakai.
Koleksi Telekung Seri Zahra ini mempunyai 6 pilihan warna dan dibuat daripada high grade silk cotton. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah, hantaran dan kegunaan harian.
Harga: RM169.00
Ukuran:
- Labuh telekung bahagian belakang dari atas kepala: 140cm
Ukuran Kain:
- Lebar: 77cm
- Labuh: 137cm
- Kelabuhannya sangat sesuai bagi mereka yang plus size atau yang tinggi.
Material:
- High grade silk cotton: Fabric yang tak jarang, selesa dipakai, kain yang sejuk & nyaman. Ringan serta lembut digunakan sepanjang solat.
Design:
Keliling telekung mengguna kekemasan sulam prada yang eksklusif bertemakan bunga. Potongan dan jahitan di bahagian kepala sangat kemas, jadi tidak perlu memakai anak tudung.
Ukuran muka:
- Free size: Bahagian muka pasti akan terletak mengikut bentuk muka sesiapa sahaja yang memakainya, tidak kira sama ada besar atau pun muka kecil.
- Kemasan di dahi menggunakan getah yang lembut & di bawah dagu menggunakan material yang stretchable, dagu anda akan tertutup dengan kemas dan selesa.
Telekung Seri Khalsom mempunyai design yang klasik. Rendanya yang 3D menampakkannya lebih elegan dan unik.
Renda yang digunakan dari bahan organza dan dikemaskan dengan sulam berbentuk kelopak bunga dan sisik ikan.
Koleksi ini mempunyai 5 pilihan warna yang lembut dan menarik seperti Pearl Black, Pearl Grey, Pearl Lavender, Pearl peach, dan Pearl White.
Ia juga lengkap dengan bag telekung dan sejadah muka.
Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah, hantaran dan kegunaan harian.
Harga: RM289.00
Ukuran:
Ukuran top:
- Labuh bahagian depan dari aras dahi: 134cm
- Labuh bahagian belakang dari kepala: 121cm
Ukuran kain:
- Labuh kain: 152cm
- Lebar kain: 82cm
Ukuran muka:
- Free size
- Lapik dagu dari material stretchable
- Bahagian dahi mempunyai getah yang lembut, sesuai untuk semua saiz muka.
Material:
Material telekung Seri Khalsom diperbuat dari material Japanese Silk Cotton. Material dari jenis premium cotton yang lembut, sejuk, flowy, tidak jarang, tidak tebal, ironless, tidak renyuk, breathable, ringan dan jatuh terletak.
Material lace dari material organza yang sangat eksklusif dan tahan lasak. Tidak mudah koyak walaupun dibasuh menggunakan mesin basuh.
Design:
Design telekung Seri Khalsom di bahagian muka dikemaskan dengan renda kecil yang memberi impak kemas dan manis kepada si pemakai.
Keliling telekung dikemaskan dengan renda 3D sulam kelopak bunga dan sulam sisik ikan yang menjadikan design Seri Khalsom sangat cantik dan unik.
Disertakan dengan beg eksklusif custom made dari material dan renda yang sama dengan telekung serta alas sejadah, jadi mudah untuk dibawa ke mana jua.
Koleksi Telekung Miss Sophea ini mempunyai 13 pilihan warna dan dibuat daripada Jacquard Silk Satin dengan design abstract & geometric. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah, hantaran dan kegunaan harian.
Harga: RM179.00
Ukuran:
Ukuran top:
- Labuh dari bawah dagu: 34 inci
- Labuh belakang (dari kepala): 51 inci
Ukuran kain:
- Labuh: 54 inci
- Lebar: 32 inci (ukur lilit 64 inci)
Ukuran muka:
- Free size
- Lapik dagu dari material stretchable
- Bahagian dahi mempunyai getah yang lembut, sesuai untuk semua saiz muka
Material:
Material Telekung Miss Sophea ini adalah daripada Jacquard Silk Satin dengan design abstract & geometric.
Design material Telekung Miss Sophea ini sangat cantik dan elegan. Material ini bila bersentuhan dengan kulit teramat selesa dan sejuk.
Material Jacquard Silk Satin ini breathable, lembut dan tidak renyuk. Ia jenis ringan tetapi tidak menerawang ketika ditiup angin. Material ini jenis flowy jatuh terletak.
Design:
Telekung Miss Sophea mempunyai design simple, bahagian muka bergetah lembut di dahi dan lapik dagu dari bahan lycra cotton high grade.
Keliling telekung dikemaskan dengan design piping yang kemas dan cantik. Simple dan sangat manis ketika anda menyarungkannya.
Nama telekung ini diambil dari rekaannya yang full flower printed membuatkan pemakai kelihatan manis. Sesuai untuk dibawa travel kerana ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana dengan beg dan alas sejadah.
Harga: RM149.00
Ukuran:
Ukuran top:
- Labuh dari bawah dagu: 34 inci
- Labuh belakang (dari kepala): 51 inci
Ukuran kain:
- Labuh: 54 inci
- Lebar: 30 inch (ukur lilit 60 inci)
Ukuran muka:
- Free size
- Lapik dagu dari material stretchable
- Bahagian dahi mempunyai getah yang lembut, sesuai untuk semua saiz muka.
Material:
Material Telekung Cik Bunga Travel ini diperbuat dari material French Silk, jenis material seperti chiffon tetapi tidak jarang. Material ini jenis breathable jadi ia sangat sejuk dipakai.
Material French Silk ini jenis ringan dan tidak menerawang ketika ditiup angin. Material ini jenis flowy jatuh terletak.
Design:
Telekung Cik Bunga Travel ini mempunyai design simple, bahagian muka bergetah lembut didahi dan lapik dagu dari bahan lycra cotton high grade.
Keliling telekung dikemaskan dengan design piping yg kemas dan cantik. Simple dan sangat manis ketika anda menyarungkannya.
Design simple, ringan dan yang paling best material French Silk ini apabila dilipat akan menjadi kecil, jadi mudah untuk diselit dalam tas tangan untuk dibawa ke mana-mana jua.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis telekung yang anda boleh beli dari Hanna Mirae untuk dijadikan hadiah buat orang yang tersayang.
Jika anda mencari tempat untuk membeli aksesori untuk solat seperti set akad telekung dan sejadah gebu, anda boleh lihat kedai Hanna Mirae!